Aku kena bomohkah .

Semalam aku mimpi dia .
Mak aku kata kalau kita mimpi seseorang tu maknanya kita asyik teringat orang tu la . Memang , minggu lepas aku ada teringat dekat cikgu sekolah aku dulu , dengar kata dia sakit . Malam tu aku terus mimpi cikgu aku tu .

Sama la dengan dia yang aku mimpi ni.
Memang aku teringat dia. Pagi petang siang malam aku teringat dia .Dalam pagi petang siang malam tu tiap saat aku teringat dia . Macam -macam aku buat , masak , menulis , main dengan adik aku tapi semua tu setakat isi masa lapang aku ja .Sikit pun tak buat aku lupa sekejap dekat dia . Lagi tambah teruk , aku tak boleh tidur semalam . Aku asyik fikir dia saja , wajah dia tak lekang dalam otak fikiran aku . Berjaga sampai 5 pagi dan last-last aku tertidur .

Kenapa ?

Dulu aku pun pernah bercinta . Tapi tak la sampai macam ni . Tak pula rindu sampai separuh nyawa . Aku ingat dia selang seli hela nafas aku . Pejam mata nampak dia , buka mata lagi nampak . Sebab apa ? sebab asyik nak tengok ja gambar dia . Teruk kan aku . Kadang aku sendiri pun keliru . Aku rindu dia sampai aku boleh menangis . hurm .

Aku kena bomohkah ? ?
Tapi aku tak kisah pun , bomohlah aku asalkan aku tetap dengan dia , tetap ingat dia dan asalkan aku tetap sayang dia . Aku tak kisah pun .Kenapa ?
Sebab sayang la .Teruk sangatkah aku . Aku online . Aku bukak page dia seribu kali . Dah jadi hobi. Terukkan aku , biarlah .
Hurm , aku rindu sebenarnya . Kami jauh , kami jarang jumpa . Tapi setiap kali aku dengar suara dia dalam telefon aku rasa macam dia ada kat sebelah , dekat sangat . Aku rindu .

Ada satu hari tu dia suruh aku cari lagu ' Kosong ' by DEWA 19 . Aku cari dan dengar . Serius lagu tu kena sangat dengan aku dan mungkin jugak pada dia .

     " . . Kemana pun tubuhku pergi kau terus membayangi aku  . . "

          " . . Di dalam keramaian aku masih merasa sepi sendiri memikirkan kamu . . "

Dua rangkap yang boleh aku kongsikan . Sumpah aku rindu . Aku nak jumpa dia , tak boleh hari-hari seminggu sekali pun jadilah . Aku nak luang masa dengan dia , nak pergi shopping , nak pergi tengok wayang , nak pergi jalan-jalan dengan dia . Dengan dia aku ada sejuta masalah pun aku boleh lupa . Tapi itulah angan-angan hari-hari aku . Aku jumpa dia pun sebulan sekali , lambat pun dua bulan . Kadang-kadang peritnya hati terasa amat , tak siapa pun tahu . Aku tahu dalam dunia ni bukan aku sorang ja yang punya nasib macam ni . Jadi aku perlu bersabar dengan ujian hidup aku sekarang .

Kamu  yang disana , rindu dan sayang takkan pernah pudar untuk awak . Saya nak awak tahu itu ye .Terima kasih . Sayang rindu kamu Encik Sayang ♥!




No comments:

Post a Comment