Aku nak . tapi terima kasih .

Kau ni saja ja kan . Aku tau kau sayang tapi tolong jangan buat aku termakan budi kau lagi . jangan fikir kau boleh buat aku kembali jatuh sayang . Memang , memang aku tergilakan benda alah tu. Sama jugak dengan orang lain. Pernah aku suarakan ke kau tapi itu dulu. Sewaktu kita bersama . InsyaAllah aku akan memilikinya satu hari nanti tapi bukan melalui kamu . Kau yang telah menjadi sejarah dan masa lepas aku , aku pernah simpan sayang ke kau. Aku pernah menjalani hari hari bahagia dan suka duka perhubungan bersama kau. Dan tempoh bersama kau dulu bukannya sekejap untuk aku . Tapi untuk masa dan ketika ini , dalam hati , jantung , limpa dan buah pinggang aku semua hanya ada sorang saja .Dia yang sentiasa buat aku lupa sejarah dan cinta yang lama . Dia yang buat aku bahagia kala duka dan dia buat hidup aku sentiasa diulit  bahagia tau. Dia yang akan sentiada ada dalam hati aku , aku nak kau tau itu okay . Aku mohon kau jangan macam ni lagi . Aku lemah kau pujuk rayu , aku lemah kau bernada sayu dengan aku . Tapi ingat , selemah lemah aku , aku ada sumber yang membuat aku kuat dan kental menghadapi segalanya .Termasuklah kau . Jadi kau boleh faham kan kenapa aku kuat . Kau tahu aku ada pengganti kau kan dan mungkin sebab itu . Jangan ingat aku tak tahu kau juga sama , Jagalah yang selepas aku itu sebaiknya ,mungkin dia yang sebetulnya untuk kau dan bukan aku . Terima kasihlah sebab sudi tawarkan ke aku , walaupun dalam hati aku ni nak sangat menatang alah tu . Mungkin niat kau baik , dan aku tau kau memang baik. Tapi terima kasih banyak banyak ya , aku tak boleh terima .




hey sayang saya , 
saya sentiasa sayang kamu tawu , macam saya saya selalu ungkap ke kamu . Ingat !

Ya , aku tak pernah bercinta jarak jauh.

Memang . Aku mengaku memang tak pernah bercinta jarak jauh dan ini yang pertama kalinya . Ku menangis . Mungkin itulah sebabnya . Terkadangnya perasaan dan hati sakit sekali , aku menangis lagi . Tetapi ,setiap segala cobaan dan dugaan hidup ada hikmah disebaliknya. Mungkin siapa tahu selepas ini , aku akan menjalani hari hari bersama setiap masa bersamanya . Terima kasih Ya Allah cabaran dan dugaan yang Engkau berikan ini membuat aku sering berfikir . Syukur. Dan juga kamu yang berada jauh disana , terima kasih dengan kata-kata dan semangat yang sentiasa membuat aku terus kuat dan kental dalam menjalani hubungan kita ini . Aku berjanji akan mempertahankannya sebaik mungkin . Aku bangga aku ada kamu sayang. Aku kan tetap setia menunggu dan aku tahu kamu begitu juga . Terima kasih . Namun . . . .

Aku rindu . Rindu dengan kamu. Teramat rindu. Dua bulan yang hampir dan aku tidak merasakan tempoh itu singkat untuk aku. Mungkin sekejap bagi orang lain tapi bukan untuk aku. Kamu, aku rindu . . Sabar itu adalah separuh daripada iman dan ya aku bersabar kerna aku tahu kesabaran aku ini akan ada ganjaranya nanti. Kamu, jika rindu aku tataplah potret aku dan berdoalah aku sentiasa dekat dengan hati kamu. Aku begitu jua tahu. Walaupun sakitnya hati ini menanggung rindu, tetapi kuat dan bersemangatlah wahai hatiku , ini dugaan . Tersayang , aku mahu kamu juga sama ya .