Aku nak . tapi terima kasih .

Kau ni saja ja kan . Aku tau kau sayang tapi tolong jangan buat aku termakan budi kau lagi . jangan fikir kau boleh buat aku kembali jatuh sayang . Memang , memang aku tergilakan benda alah tu. Sama jugak dengan orang lain. Pernah aku suarakan ke kau tapi itu dulu. Sewaktu kita bersama . InsyaAllah aku akan memilikinya satu hari nanti tapi bukan melalui kamu . Kau yang telah menjadi sejarah dan masa lepas aku , aku pernah simpan sayang ke kau. Aku pernah menjalani hari hari bahagia dan suka duka perhubungan bersama kau. Dan tempoh bersama kau dulu bukannya sekejap untuk aku . Tapi untuk masa dan ketika ini , dalam hati , jantung , limpa dan buah pinggang aku semua hanya ada sorang saja .Dia yang sentiasa buat aku lupa sejarah dan cinta yang lama . Dia yang buat aku bahagia kala duka dan dia buat hidup aku sentiasa diulit  bahagia tau. Dia yang akan sentiada ada dalam hati aku , aku nak kau tau itu okay . Aku mohon kau jangan macam ni lagi . Aku lemah kau pujuk rayu , aku lemah kau bernada sayu dengan aku . Tapi ingat , selemah lemah aku , aku ada sumber yang membuat aku kuat dan kental menghadapi segalanya .Termasuklah kau . Jadi kau boleh faham kan kenapa aku kuat . Kau tahu aku ada pengganti kau kan dan mungkin sebab itu . Jangan ingat aku tak tahu kau juga sama , Jagalah yang selepas aku itu sebaiknya ,mungkin dia yang sebetulnya untuk kau dan bukan aku . Terima kasihlah sebab sudi tawarkan ke aku , walaupun dalam hati aku ni nak sangat menatang alah tu . Mungkin niat kau baik , dan aku tau kau memang baik. Tapi terima kasih banyak banyak ya , aku tak boleh terima .




hey sayang saya , 
saya sentiasa sayang kamu tawu , macam saya saya selalu ungkap ke kamu . Ingat !

No comments:

Post a Comment